Lelaki Pelik Yang Berkulit Getah
Pelik Tapi benar .. Kulit lelaki ni seperti getah kenyal yang boleh ditarik - tarik ..
Gary Turner berasal dari London dan kini berusia 41 tahun. Gary menghidapi sejenis Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) iaitu gangguan genetik luar biasa yang menyebabkan sel-sel pada kulitnya lemah dimana kulitnya tidak menegang seperti manusia normal. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang menghidap sindrom ini akan mengalami gangguan pada otot sendi dan saluran darah.
Kulit Gary Turner sangat longgar dan boleh diregangkan seperti getah yang ditarik sehingga mampu menukar bahagian perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air. Namun sindrom itu langsung tidak melemahkan Gary Turner sebaliknya dia mengubah penyakitnya itu menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London, Britain.
Turner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata, kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan kulit manusia normal. Oh! Dan untuk info, sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000 individu seluruh dunia.

Kerana Sihir Anak Dimakan Ayah Sendiri
Kejadian ini berlaku di Papua Guinea, seorang warga kota di Papua New Guinea mengatakan, mereka telah menemui seorang lelaki yang menggunakan dadah disyaki memakan anaknya yang baru lahir dalam sebuah ritual sihir.
Polis mengatakan warga di wilayah pinggiran kota Tabubil, daerah Barat, terbangun akibat suara jerit tangisan bayi itu.
Setelah mengetahui bahawa ayahnya memakan anak, sekelompok orang ramai mengamuk dan mengejar lelaki tersebut sampai ke balai polis, dimana dia telah ditahan. Polis mengatakan mereka gagal menyelamatkan nyawa bayi itu, yang meninggal akibat luka yang yang parah.
Ketua Polis Tabubil Demas Tapea mengatakan petugas polis telah menahan seorang lelaki dan isterinya untuk disoal siasat. “Hal itu merupakan insiden yang sangat ngeri,” kata Sersan Tapea. “Masyarakat kecewa dan marah namun mereka juga takut serta khuatir kerana ada kepecayaan terhadap sihir atau ilmu hitam,” katanya.
Sersan Tapea mengatakan suspek utama telah dikenal pasti . “Para penduduk setempat mengatakan lelaki itu melakukan ritual sihir, atau upacara untuk meningkatkan ilmu menjadi sakti,” katanya.
Tape juga mengatakan suspek memiliki rekod sejarah tentang penggunaan dadah dan dia tidak terkejut bila hal itu terjadi padanya. “Beberapa tahun lalu dia menjadi gila yang diduga akibat dadah,” katanya.
Pada 2009, lebih 50 orang terbunuh dalam pembunuhan berkaitan dengan sihir kerana kematian yang mendadak atau tidak masuk akal dalam sebuah komuniti masyarakat tertutup.
Sejumlah paderi Kristiani dan pemerintah Australia untuk wilayah itu, bersama dengan penguatkuasa Papua New Guinea, telah mengarahkan supaya mengakhiri kepercayaan terhadap sihir, namun hal itu sukar diatasi.
pg:gambar hiasan sumber dari google image
pg:gambar hiasan sumber dari google image

Kejam ! Bayi ditemui dibuang di dalam lubang paip tandas

Beberapa anggota bomba dan paramedik telah menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan yang terperangkap di dalam saluran paip pembentungan sebuah lubang tandas, menurut laman berita Zhejiang News.
Menurut laman itu, seorang penduduk mendengar tangisan seorang bayi berusia dua hari dari dalam tandas awam tingkat empat sebuah bangunan kediaman di bandar Jinhua, daerah Puijian, China pada Sabtu lalu.
Penduduk itu kemudian bertindak memberitahu polis berhubung tangisan bayi tersebut.
Selepas aduan itu diterima, beberapa anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memotong sebahagian saluran paip pembentungan itu dengan menggunakan gergaji.
Mereka kemudian mengeluarkan saluran paip yang berbentuk huruf L berdiameter kira-kira 10 sentimeter.
Paip itu dihantar ke sebuah hospital untuk dipecahkan supaya bayi tersebut dapat dikeluarkan.
Doktor-doktor dan anggota penyelamat mengeluarkan bayi itu dalam tempoh hampir sejam.
Stesen televisyen di negara ini turut menyiarkan satu rakaman video yang menunjukkan kerja-kerja menyelamat itu dilakukan.
Portal berita hangzhou.com.cn melaporkan, bayi yang seberat 2.3 kilogram itu terperangkap selama dua jam.
Bayi itu mengalami luka di muka, kaki dan tangannya manakala kadar denyutan jantungnya perlahan pada satu ketika.
Menurut Zhejiang News, bayi tersebut diberi nama No.59.
Ia melaporkan, nama tersebut diberikan berdasarkan nombor inkubator bayi itu.
Polis kini mengkategorikan kes itu sebagai percubaan membunuh.
Pihak polis turut mencari ibu dan beberapa orang lain yang terlibat dalam kes percubaan membunuh bayi itu. - Agensi
Sumber :

“Saya Tak Gila!!” – kata Bobo
Nama Bobo bukanlah siapa-siapa pada awalnya tetapi hangat diperkatakan apabila parodi lagu ‘Sayang’ nyanyian Shae mendapat impak dan maklumbalas luar biasa dari orang ramai hingga ada yang terikut-ikut!. Sehubungan dengan itu, Bobo telah dipelawa pihak MIG yang diketuai David Teo untuk ditawarkan sebagai pelakon di bawah MIG. Rezeki Bobo lah tu.
Terbaru, Bobo tampil dengan video Parody lagu ‘Jahat’ nyanyian Stacy yang teruk menerima kritikan dari orang ramai. Boleh kami katakan hanya sebahagian kecil sahaja yang menyukai parodi tersebut dan yang lainnya rata-rata mengutuk dan menghina Bobo sebagai seorang yang kurang sioman dan gila!
“Apa yang ingin saya tegaskan, saya bukan gila. Saya hanya mengikut kesesuaian rentak muzik ‘Jahat’ yang rancak dan ia mungkin nampak tidak siuman. Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengkritik yang banyak membantu saya.”
Pada kami mudah sahaja. Video parodi yang dimuatkan sendiri dengan durasi pendek di Youtube, selalunya akan menjadikan ianya sebuah video yang unik dan digemari berbanding video parody yang telah dirancang kerana terlalu panjang dan terlalu dibuat-buat hingga melahirkan rasa menyampah pada orang ramai untuk menonton.
Kami petik satu respon di Youtube:
Sebenarnya apa bakat yg dia ada nie???aku tertanya-tanya…adakah sebab sifat pondan mautnya itu??itu bukan bakat!!…kalo pondan tp suara original merdu itu yg kita katakan seseorang itu berbakat…ini, dahlah bapuk lepas tu ajuk suara artis lain pula…Ini lah bakat yang tidak boleh diterima alam namanya…
Apapun good luck untuk Bobo yang baru sahaja selesai penjalani penggambaran filem sulungnya bertajuk ‘Awak Nak Kahwin Dengan Saya?” yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Wah dah jadi pelakon ya kau Bobo! Sentap hati mak nak!
SUMBER: http://www.malaysiasensasi.net/2013/05/saya-bukan-gila-bobo.html
SUMBER: http://www.malaysiasensasi.net/2013/05/saya-bukan-gila-bobo.html

Ritual Memanggil Hujan Di Indonesia

Ujungan merupakan salah satu ritual silam di daerah Kediri, Indonesia. Amalan ritual ini dahulunya merupakan ritual tahunan di daerah tersebut pada musim kemarau untuk memanggil hujan demi mengairi tanaman dan ternakan. Walau bagaimanapun, amalan ini kini hanya dijalankan pada waktu-waktu terdesak sahaja disebabkan semakin kurang penduduk yang mahu mengamalkan dan mempercayainya.
Semasa upacara ritual, alat pemukul yang diperbuat daripada sabut kelapa sawit, dinamakan Tiban akan dipukul ke badan. Pukulan Tiban diiringi dengan alunan muzik. Darah yang mengalir menjadi simbolik untuk pertukaran dengan air hujan. - amekaw
MOTHEROFGAD!









Wanita Ini Menjual Kentutnya
Ramai orang yang memanfaatkan eBay untuk berdagang barang koleksi dari barang keperluan hingga ke barang yang sukar ditemukan.. tapi yang peliknya, wanita pemilik akaun kbug1978 ini menjual gas kentutnya di dalam balang kaca yang tertutup rapi di dalam eBay..
ini adalah kentut yang amat segar yang ditulis pada sebuah bekas, sangat mungil dan menawan.. saya yakin kentut ini cukup murni dan tidak tercemar oleh udara atmosfera.. anda boleh mendapatkan kentut dalam botol ini dengan hanya $2-$50"
ini adalah kentut yang amat segar yang ditulis pada sebuah bekas, sangat mungil dan menawan.. saya yakin kentut ini cukup murni dan tidak tercemar oleh udara atmosfera.. anda boleh mendapatkan kentut dalam botol ini dengan hanya $2-$50"

Gadis Hamil 6 Bulan Tetapi Masih Dara
Seorang gadis disahkan hamil 6 bulan selepas menjalani pemeriksaan, peliknya gadis tersebut mendakwa dia masih belum pernah disentuh dan kedaraannya masih terjaga. Misteri tersebut berlaku di Serdang Bedagai, Sumatera Utara, Indonesia.
Malasari yang ketika itu baru berusia 16 tahun menyatakan tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki. Malasari merupakan anak kedua pasangan Iswanto dan Riyanti.
Ada yang membuat andaian bahawa Malasari hamil akibat pergaulan bebas, namun Malasari menafikannya.”Kami membawanya untuk pemeriksaan di hospital dan mendapati janin terbentuk sudah berusia 25 minggu tetapi selaput daranya masih kekal seperti asal,” kata ibunya.
Kerana masih belum berpuas hati dengan pemeriksaan sebelum ini, Malasari dibawa kembali untuk pemeriksaan kali kedua. Keputusan yang diterima tetap sama.
“Kami menghantarnya untuk membuat pemeriksaan semula dan keputusan yang diterima tetap sama. Tetapi untuk memeriksa selaput daranya kami memerlukan surat dari pihak polis. Namun pihak polis tidak mengeluarkan surat tersebut kerana tiada unsur jenayah,” tambah ibunya.
Malasari menceritakan ketika awal kejadian, dia bermimpi didatangi seorang tua yang memberikannya sebuah kotak sekitar enam bulan sebelum perutnya mula membesar.
