Didenda Siar Gambar Pemain Real Madrid Dengan Teman Wanita Berbogel



Mahkamah Turki semalam mendenda pengarah syarikat akhbar kerana menyiarkan sekeping gambar pemain Real Madrid, Sami Khedira berpelukan dengan teman wanitanya yang berbogel. Pengarah syarikat akhbar harian Ettounsia, Nassredine Ben Saidam didenda sebanyak 1,000 dinar (RM1,980) atas kesalahan melanggar undang-undang tatasusila.

Mahkamah turut mengarahkan syarikat itu menghapuskan kesemua salinan edisi akhbar pada 15 Februari yang menyiarkan gambar tersebut.

Gambar Khedira dan teman wanitanya, Lena Gercke, yang juga merupakan model, pada asalnya disiarkan dalam majalah GQ.




Share your views...

0 Respones to "Didenda Siar Gambar Pemain Real Madrid Dengan Teman Wanita Berbogel"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2010 Cerita Den kameng All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info