Derita Budak Tiada Lubang Dubur dan Karung Testis



Maizatul menunjukkan karung najis di luar perut Muhammad Anas Miqhael

Ketika kanak-kanak lain menjalani kehidupan normal, Muhammad Anas Miqhael Salehuddin pula terpaksa mengharungi keadaan menyeksakan apabila terpaksa mengendong karung najis di perutnya setiap hari. Ini kerana kanak-kanak berusia setahun lapan bulan itu tidak mempunyai saluran najis dan lubang dubur selain tiada saluran pemakanan.

Kanak-kanak malang itu juga tidak memiliki karung testis sejak dilahirkan pada 27 Ogos 2010. Sehari selepas dilahirkan, anak bongsu daripada empat beradik itu sudah bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan di perut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
 
Pembedahan tersebut bertujuan untuk memasukkan saluran bagi penyusuan melalui tiub getah dan mengeluarkan saluran najis.
 
Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, menerusi tiub getah itu, anaknya menyusu dan membuang air besar menerusi saluran najis dengan karungnya diletakkan di luar perut.




Share your views...

0 Respones to "Derita Budak Tiada Lubang Dubur dan Karung Testis"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2010 Cerita Den kameng All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info