Lelaki Ini Menjual Ginjalnya Demi Membeli Sebuah iPad
Seorang remaja lelaki dari China rela menjual ginjalnya demi membeli sebuah iPad. Remaja Bernama Wang itu menjual organ tubuhnya dengan harga 22000 yuan atau sekitar Rm10000
Ginjal itu kemudian digunakan untuk proses pemindahan haram. Dilaporkan, kesihatan remaja itu ketika kesihatatannya semakin teruk.
Remaja ini berasal dari Anhui, sebuah wilayah miskin di China. Penduduknya banyak keluar wilayah untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Si ibu baru mengetahui anaknya telah menjual ginjal ketika bertanya tentang iPad dan iPhone barunya.
Remaja ini bukan satu-satunya suspek yang ditangkap polis dalam kes ini. Sekurang-kurangnya ada lima orang, yang didakwa melakukan penjualan organ secara haram, termasuk doktor bedah yang memindahkan buah pinggang remaja bernama Wang itu pada April 2011.
Menurut Xinhua, sebagaimana dipetik Telegraph, untuk sebuah proses transplantasi, nilai transaksinya bernilai 220000 yuan atau sekitar Rm100000. Dari transplantasi ini, remaja bernama Wang itu mendapat Rm10000, selebihnya dibahagikan kepada doktor bedah dan tiga suspek lain yang tak lain merupakaan kakitangan doktor tersebut. Namun, tak dilaporkan siapa yang membayar atau menerima buah pinggang secara haram itu.
Data Kementerian Kesihatan China menunjukkan 1.5 juta orang di negeri ini memerlukan transplan, namun hanya sekitar 10000 yang boleh dipenuhi satu tahun.
Produk Apple memang popular di China. Namun, harga produknya terlalu tinggi untuk orang China kebanyakan. Di negeri tirai buluh ini, harga iPhone berkisar 3988 yuan atau sekitar Rm2000, sedangkan iPad dijual mulai harga 2988 yuan atau Rm1500.
Tags: Pelik

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Share your views...
0 Respones to "Lelaki Ini Menjual Ginjalnya Demi Membeli Sebuah iPad"
Post a Comment