Sering Diejek Manusia Pelik



Ejekan rakan-rakan langsung tidak melemahkan semangat kanak-kanak ini untuk menjadi seseorang yang berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah.

S Darshini, 8, dari Padang Malakof, Kuala Ketil seorang pesakit albino yang tabah meneruskan kehidupannya walaupun sering menjadi mangsa ejekan rakan sebaya.

Wajah dan tubuh badannya yang putih sering menjadi perhatian rakan-rakan, mahupun kanak-kanak nakal.

Anak kedua dari empat adik beradik ini mempunyai semangat kental, di samping mendapat perhatian dan penjagaan yang baik dari datuknya, N Subramaniam, 66.

Darshini berkata, dia tidak malu dengan dirinya malah akan membuktikan kepada kepada keluarganya yang dia mampu berjaya.

“Saya memang serik diejek. Ada rakan-rakan yang mengatakan saya manusia pelik. Tapi, saya tidak endahkannya.

“Saya tahu, lama kelamaan mereka akan berhenti mengejek saya,” katanya.

Darshini yang gemar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik itu bercita-cita ingin menjadi doktor seterusnya dapat membantu mereka yang berhadapan nasib sama sepertinya.

“Sejak ibu dan bapanya bercerai beberapa tahun lalu, datuk adalah segalanya. Saya tidak mahu berjauhan dengan datuk,” katanya.

Ketua Pemuda MIC Baling, M A Ramasamy berkata, pihaknya akan membantu mendapatkan bantuan perubatan untuk Darshini.

“Kita akan cuba sebaik mungkin termasuk soal pembelajarannya,” katanya semasa melawat keadaan Darshini baru-baru ini.

Albino merupakan penyakit keturunan yang berpunca daripada kekurangan pigmen melanin yang terdapat dalam tubuh badan manusia.

Penyakit ini tidak dapat disembuhkan tetapi usaha untuk meningkatkan kualiti hidup antaranya memperbaiki daya penglihatan dan kerosakan kulit dapat dilakukan.

Setakat ini, Afrika Timur negara yang memiliki penderita albino terbanyak di dunia, iaitu  sekitar 200.000 orang.




Share your views...

0 Respones to "Sering Diejek Manusia Pelik"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2010 Cerita Den kameng All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info