Imam Restui Gay Ini Berkahwin
Dua lelaki gay Islam yang dilamun cinta berkahwin di Perancis dengan restu seorang imam. Zahed Ludovic Mohamed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeria, dan Qiyam al-Din dari Afrika Selatan, dilaporkan berkahwin selaras dengan syariah (undang-undang Islam) di hadapan seorang imam Mauritius bernama Jamal.
Zahed telah berkongsi cerita dengan TV Perancis 24 bagaimana dia bertemu Din tahun lepas pada konvensyen AIDS di Afrika Selatan."Saya berada di dalam dewan kuliah apabila seorang imam, yang kebetulan adalah gay sendiri, memperkenalkan saya kepadaDin. Kami mendapati yang kami mempunyai banyak persamaan dan kekaguman bersama ini dikukuhkan lagi dengan membuat keputusan untuk berkahwin dan ia lebih mudah memandangkan undang-undang Afrika Selatan membenarkan hubungan sejenis,"katanya.
Selepas perkahwinan yang diurus oleh keluarga Din selesai, pasangan itu kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke Perancis dan menetap di pinggir bandar Paris, dengan harapan kerajaan Perancis akan mengiktiraf perkahwinan mereka, malangnya pihak berkuasa Perancis enggan.Perkahwinan di sebelah keluarga Zahed diadakan di sebuah rumah sederhana di Servon di pinggir Paris, dan telah dihadiri oleh ibu bapa dan beberapa kawan rapat.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Share your views...
0 Respones to "Imam Restui Gay Ini Berkahwin"
Post a Comment