Drama Tragis Suami Kelar Leher Isteri



BANGKOK – Seorang lelaki, Sakdawut Hamsiri mengacukan pisau dekat leher isterinya dalam drama tebusan yang berlaku selama enam jam di Thailand.
Sakdawut yang bersenjatakan sebilah pisau menawan isterinya, Thawee Naiyanit di sebatang jalan raya di sini semalam.
Lelaki berusia 30 tahun itu nekad menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan dan berulang kali menolak permintaan polis supaya mangsa tersebut dibebaskan.
Insiden tersebut hanya berakhir apabila polis menggunakan pistol renjatan elektrik terhadapnya.
Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat selepas rebah terkena renjatan itu.
Polis kemudian memberitahu, Sakdawut berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku




Share your views...

0 Respones to "Drama Tragis Suami Kelar Leher Isteri"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2010 Cerita Den kameng All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info