Masa Untuk Sengih
Perangai lama
Satu hari Chot terbangun malam. Dia rasa nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkejut bila bukak je pintu, lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan tutup pintu, Sekali lagi dia terkejut bila lampu tu tertutup sendiri.
Cepat-cepat dia kejutkan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yang terjadi padanya semasa kencing tadi. "Abang heran lampu tu terbukak
dan padam sendiri bila abang bukak dan tutup pintu". Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata."Abang buat perangai lama dah... KENAPA abang kencing dalam peti ais lagi HAH????"
Pak Mat & Isteri
Suatu hari, pak mat pegi keluar ke bandar bersama isterinya, mak minah. Perjalanan mereka mengambil masa yang cukup lama menaiki sampan oleh kerana kampung mereka terletak agak jauh di pedalaman.
Setelah sampai di sebuah pusat membeli-belah, pak mat ternampak sebuah cermin kecil sebesar tapak tangan. Oleh kerana dia tidak pernah melihatnya, dia pun membelinya tanpa pengetahuan mak minah. Sampai je di rumah, dia pun termenung melihat cermin tersebut setiap hari lalu menyebut "macam..bapak aku muda dulu-dulu".
Mak minah berasa pelik dengan sikap pak mat yang selalu memegang cermin tersebut, lalu mak minah curi-curi mengambil cermin tersebut sewaktu pak mat pergi ke surau. Mak minah yang tak pernah menggunakan cermin pun berkata "perempuan macam ni yang laki aku minat"?
Tags: Lawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Share your views...
0 Respones to "Masa Untuk Sengih"
Post a Comment